Saturday, December 13, 2014

PENGECUALIAN PEMBAYARAN BALIK PTPTN

Pengecualian pembayaran balik PTPTN...




Bagi piha merupakan salah satu inisiatif yang baik untuk membuat pengecualian kepada pelajar yang mendapat penganugerahan Ijazah Kelas Pertama untuk pelajar sepenuh masa dan membuat ijazah dengan kepujian..

Jadi dengan adanya sistem pengecualian balik PTPTN ( Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ) ni, ia boleh menaikkan semangat kita untuk belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan yang baik..

Berbeza dengan sesiapa yang meminta bantuan pembiayaan pendidikan melalui MARA, terdapat beberapa klasifikasi CGPA yang membolehkan seseorang pelajar itu membuat pembayaran balik. Contoh, 

3.50-4.00 : biasiswa
3.00-3.49 : bayaran balik 10%
2.50-2.99 : bayaran balik 25%
2.00-2.49 : bayaran balik 50%


berbanding dengan PTPTN

Ijazah Kelas Pertama dengan Kepujian dari mana2 universiti yang diperakui oleh MQA : BIASISWA

jadi sesiapa yang dah mendapat Ijazah Kelas Pertama untuk keseluruhan CGPA, terdapat beberapa prosedur sebelum memohon. Antaranya:


  • Dapatkan borang Pengacualian Pembayaran dari Pejabat PTPTN
  • Fotokopi skrol dan transkrip dan dapatkan pengesahan daripada Pejabat Pendaftar yang mengeluarkan ijazah universiti masing- masing (Unit Rekod dan Konvokesyen)

dah lengkap semua ni, hantar teruske Pejabat PTPTN. Keputusan dalam masa 3 hingga 6 bulan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jadi nak dijadikan cerita, piha nak buat pengecualian untuk ijazah. Maka memaksakan diri piha untuk berpatah balik ke Shah Alam untuk mendapatkan cop pengesahan.




Bertolak dari Johor Bahru 9.30pagi, dan sampaidi UiTM hampir pukul 2.30petang. Penat memang penat, nak pula dalam bas tu penumpang seat depan ni dia pergi adjust seat sampai ke belakang...nak tegur kesian sebab tengah pregnant, nak tak nak...tahan juga lah hingga 4jam stengah...


Syukur, Penolong Pendaftar ada di pejabat, maka sekejap saja urusan piha...dalam pukul 4.00petang dah siap...terus gerak ke PKNS brunch dekat sana sebelum bertolak ke Kuala Lumpur..beli tiket tren dekat sana..naknaik bas memang tak larat..baik naik tren...


Bertolak dari KL Central pukul 11.00malam dan sampai dekat Johor Bahru Central pukul 6.30pagi..dalam tren juga tak boleh tidur sebab bising..jadi tidur ayam jelah...

sampai rumah terus mandi dan top up tidur...

No comments:

Post a Comment