Sunday, February 2, 2014

RECAP INTERNSHIP : RTM JOHOR


Assalamualaikum..rasa dekat berbulan-bulan tak blogging..sejak bermulanya sesi latihan praktikal semester 6..tak cukup masa nak taip segala macam peristiwa yang berlaku..

Sememangnya sepanjang 3 bulan 20 hari menjalani praktikal di RTM Johor, memang tak dapat dinafikan berbagai kenangan terutama sekali pengalaman dekat sana. Bergaul di antara wartawan senior dan jurukamera tak lupa juga dengan warga kerja seluruh RTM Johor, sememangnya itu adalah kenangan yang pasti tak dapat dilupakan.


Satu semester sebelum menjalani praktikal, sememangnya piha dah fikir..RTM Johor bakal menjadi tapak permulaan kerjaya piha dan pada waktu tu pilihan kedua adalah di BEST 104. Alhamdulillah feedback yang diberikan RTM untuk piha sebagai pelajar UITM nak menjalankan latihan iundustri di sana..dipermudahkan..

Bukan tak ada niat nak menjalankan praktikal di sekitar Kuala Lumpur, tapi memandangkan boleh ulang alik + senang nak tengok abah..jadi tak salah RTM Johor menjadi tempat di hati piha..

Hari pertama menjejakkan kaki seawal 7.30pagi drive.. sebelum tu dah survey pun timing dengan fatin..yelah...namanya nak travel dari Pasir Gudang ke Johor Bahru..memang  bukan jarak yang dekat..so timing tu kena ambil kira..so..pagi2..piha dengan kakmar dan mot sampai awal waktutu..officers semua tak masuk office lagi waktu tu...kami kemudiannya diperkenalkan dengan Cik Is dan Kak Chik serta En. Mat..kami diterangkan panjang lebar dengan segala rules and regulation dekat RTM....sebelum kami dilepaskan pada biro kami iaitu UNIT BERITA EHWAL SEMASA (BES)

FIRST DAY

First day ok..nak cerita first day punya pasal ni..orang yang first skali piha jumpa dekat bilik BES adalah kak su..pada mulanya ingat kak su ketua biro..rupanya kak su menggantikan kakmurniyang pada waktu tu cuti bersalin..so yeah...piha jumpa juga dengan kak suzie...berborak punya borak rupanya kak suzie ni alumni UITM ok...satu fakulti...course Journalism..haaaahhh..hambekk..tak gitu alumni UITM merata2...bak kata en. Faisal..campak aje batu kat mana2 confirm ada alumni UITM..

KENANGAN


Kenangan..memang tak dapat nak di taip satu persatu..terlalu banyak..tapi apa yang paling mengingatkan piha assignment yang menarik + bernilai adalah sewaktu cover news VILLA NABILA denkat Danga Bay..ahaaa..itu memang di antara assignment yang paling exciting dan adventurous....mana kan tidak.. dengan tak disangka- sangka patutnya hari tersebut tak ada assignment tapi ditugaskan ke sana immediately cover..so memang gagahkan diri naik ke rumah yang katanya misteri....waktu tu sibuk kisah budak disyaki hilang dalam villa tu..tapi rupanya dia ada duduk lepak dekat rumah member dia...so yeah..RTM cover buat follow up berhari- hari..


Kenangan kedua waktu cover mayat lemas denkat Tanjung Langsat, Pasir Gudang...waktu ni piha dengan cik puad ke sana...cik puad memang sangat best sebab dia aja satu persatu apa yang sepatutnya dibuat..kami tunggu duduk dengan media lain menunggu berita daripada pihak bomba..sampai ke petang..then at last buat follow up dengan polis by phone..sebab mayat kehilangan anak beranak tu dah dijumpai di perairan singapura.


Kenangan ketiga waktu ke singapura dengan wartawan senior lain..memang best..sambil2 buat kerja..dapat jalan2 pusing Singapore masuk USS ke Orchard Road, makan2 all fully sponsored...ohh ya...thanks abang nooh sebab sangat sporting dan calm me down..=')

nak di list kan satu persatu memang banyak...

TERIMA KASIH

Pengalaman memang terlalu banyak yang mungkin tak dapat diungkap dengan kata2..jadi apa pun terima kasih terutama kepada Kak murni, kak surahati, abang annaz, kak suzie, kak jiha, kak lisa, abang awang, encik Mail, encik Fuad, abang shumali, abang hafiz, abang nooh..semua kakitangan2 RTM Johor atas bimbingan tunjuk ajar dan peluang yang diberikan..

Terima kasih kerana membetulkan segala kesilapan danmenegur kesalahan yang piha lakukan..sememangnya keluarga RTM Johor sangat best dan sporting!..

sampai kita jumpa lagi satu hari nanti..in sha Allah!