Friday, May 3, 2013

HYPERTENSION


Tak sangka pula sakit kepala yang hampir seminggu ni rupanya adalah sebab tekanan darah tinggi akibat hypertension. Selama ni memang tak pernah kena sakit kepala yang berdenyut yang kata orang kalau boleh nak cabut kepala then hentak kat dinding..pasang semula...

Panadol actifast hampir sepapan telan masih tak kurang sehinggalah memang tak tahan sangat sampai menggigil badan..terasa badan sangat panas dengan sakit tekak dan batuk...tak sempat nak study sama2 dengan isa dan bella dekat PTAR 3, tiba2 terkeluar air mata bila kepala sebelah kiri ni terlalu mencengkam..masa tu hanya ingat abah dan nak balik rumah...on the way ke klinik piha baca ayatul Qursi dan mengucap dua kalimah syahadah..manalah tahu saat itu Allah nak ambil nyawa yang tak kira usia muda/tua..tak kira tengah keadaan macamana sekalipun....

Doktor check suhu badan normal walaupun piha dah mengadu yang piha demam..lantas doktor check tekanan darah..memang betul tinggi...doktor kata ini adalah disebabkan oleh hypertension dan terlalu banyak berfikir. Piha kena kawal dari sekarang sebab genetic piha arwah emak ada menghidap darah tinggi ni..so doktor nasihatkan untuk tak banyak fikir, kurangkan makan luar, minum air gas, air manis dan menghadap komputer lama sangat..malah..kena banyak berehat..natijahnya memang kena diet...

hailah doktor..kalau asyik nak berehat saja...kerja bukan semakin berkurang..tetapi semakin bertambah..nak2 hujung sem macam ni..

Memang piha akui pun..sejak kebelakangan ni memang piha asyik nak fikir tempat praktikal dan nak lekas habis..tak tahu kenapa...seolah2 tak sabar nak duduk dengan abah..nak jaga abah...

Alhamdulillah...Allah masih beri kesempatan untuk meneruskan hidup dan mengurangkan sakit kepala meskipun masih berasa lagi sikit2...tak macam semalam./.hanya satu yang piha doa pada Allahs emoga beri piha kesempatan untuk membalas jasa abah..sepertimana abah yang telah banyak berkorban membesarkan piha dari ekcil hingga ke universiti....

Semoga Allah merahmati kehidupan kami sekeluarga..amin..=')

No comments:

Post a Comment