Saturday, March 23, 2013

LIFT OUT OF SERVICE


Cerita masa kami on the way nak ke PTAR 3, Fakulti Kejuruteraan. Dah berjanji dengan kawan2 TV Directing nak buat discussion tentang topik yang bakal di ususlkan kepada pensyarah sebelum propose dekat stesyen TV untuk collaborate produce 1 segmen dengan mereka. Mana2 stesyen televisyen...

Ramai senior kami yang berjaya collaborate dengan Majalah 3, MyTV3 dan lain2 lagi...so..kami juga terpanggil untuk turut melakukan benda yang sama...=')

Piha terlewat sikit datang lebih kurang 45 minit juga..sebab dekat rumah time2 tu juga lah nak buat pemeriksaan aedes lah bagai...nak check bilik air, peti ais bla..bla..bla...


Makin bertambah lambat bila mana lift dekat Fak. Kejuruteraan tu pula OUT OF SERVICE. Kami dari tingkat 4 nak turun ke tingkat 3, so naik lah lift..nak cepat katanya...ada beberapa orang saing2 kami yang nak naik ke tingkat 10..so piha dengan maria yang datang sekali ni pun ok lah fine..naik dulu ke tingkat 10....sesampainya dekat tingkat 9, boleh pula lift tiba2 terberhenti dengan sendiri..nahhh..piha dengan maria aje 2 orang perempuan..dan ada 3 orang lelaki...-_-'..seram juga lah...

Ada sorang lelaki..mungkin budak enjin tu duk tekan2 lift..dengan doa semoga lift tu bergerak semua..tapi beberapa kali percubaan..masih tak bergerak..piha dah risau...then lelaki tu tekan pula loceng kecemasan...banyak kali..masih tak da respon...sudah..dalam hati..memang masak lah cerita dia...dengan tak ada angin...piha dah start berpeluh..

Mujurlah lebih kurang 15 minit juga terperangkap dalam lift tu...ia bergerak semua...piha dengan maria lekas2 keluar...dan tukar lift lain...

Ada sorang uncle cerita..lift tu pernah juga jadi benda yang sama mcm terjadi kat kami tadi...masa tu raya haji..pensyarah tu duduk dalam lift seharian..sebab dia tekan2 loceng kecemasan takda respon...raya haji..mungkin semua orang tengah bercuti...

No comments:

Post a Comment