Friday, February 15, 2013

TRAVEL 2012 - MELAKA

Kalau tahun lepas...ke Universal Studios, Singapore..percutian tahun ni kita ke MELAKA!!..negeri bersejarah..



Sesuai dengan tagline : Melawat Melaka, bererti melawat Malaysia



dekat St. Paul Hill..ok..belakang tu sebenarnya adalah nisan..-_-'
pun sempat jadi tempat melawa




memang tak dapat dinafikan pembonceng beca ni sangat mesra..=')

1 hari memang tak cukup nak ronda 1 Melaka. Meskipun hanya sebuah negeri yang kecil..tapi nilai sejarah yang terdapat dekat dalamnya...sangat2 banyak dan tak ternilai..tak sempat nak pergi semua tempat!


Muzium Hang Li Po


Dekat Stedhuys Building


Pandangan atas daripad St.Paul Hill



Kami bertolak dari Johor pukul 5.30pagi..pagi tu memang sejuk..menggigil ok drive kereta meskipun aircond buka 1 aje..tapi sebelum tu..piha bangun pun pukul 3.00pagi lagi,.sebab masak untuk lunch abah..jadi senang..bila tengahari abah nak makan..tinggal buka tutup periuk aje..nasi dengan lauk memang dah siap..

Our first destination :

BANGUNAN MERAH







Masa on the way dekat highway..baru sampai Simpang Renggam..tiba2 jalan sesak..siap semua driver ok keluar dari kereta..Dila yang jenguk daripada tingkap pun katanya memang jalan sesak..ahh..dah sudah..patutlah sebelum tu kami tengok ada beberapa buah kereta yang jalan melawan arah dekat lorong kecemasan..tak tahu pula entah ada roadblock ke..ada kemalangan..tak pasti..jadi kami pun sama ikut patah balik..keluar highway..ikut jalan lama..dan masuk balik highway daripada Ayer Hitam..



Alhamdulillah..kami sampai ke Ayer Keroh Melaka tepat jam 9.30pagi dan terus menuju ke A Famosa. Banyak kali juga berpusing2 dekat tengah2 bandar Melaka ni semata2 nak mencari A Famosa..siap tanya pump station..barulah jumpa..terus parking dekat satu tempat..jalan kami pusing2 dekat Stadhuys building, Istana Kesultanan Melaka dengan St. Paul Hill...di sekeliling tu juga ada beberapa lagi buah muzium..sempat tengok dari luar..sebab masa tu pun dah masuk zohor..kami nak kejar ke tempat lain lagi..













SECOND DESTINATION :

A FAMOSA





THIRD DESTINATION :

ISTANA KESULTANAN MELAYU MELAKA




dalam Balairong Seri


Ini bukanlah istana yang sebenar, tetapi hanyalah replika berdasarkan penulisan sejarah dan dibina semula..



kubur Belanda


monumen dekat Taman Larangan Istana. Terdapat senarai nama sultan Melayu Melaka


 Dah puas berpusing...singgah amsuk sekejap dalam Dataran Pahlawan Mall, pusing2...dan kita shopping!!



Kreatif...


Dulu kalau ikut rombongan sekolah..benda yang wajib beli adalah KEY CHAIN...abah berilah berapa banyak duit pun..beli makanan, cenderahati sikit je..yang banyak cuma borong key chain...


FOURTH DESTINATION :

KOLAM AIR PANAD GADEK, ALOR GAJAH

Next destination adalah ke Kolam Air Panas Gadek, Alor Gajah. Syukur..sebab perjalanan kami dipermudahkan..tak lah susah nak cari jalan..berangannya nak guna lah application MAPS nak cari jalan...tup2 tak reti guna rupanya..jadi..pasrah pada signboard ajelah gamaknya..



Masa tu pun dah lepas waktu asar, sebelum tu masa on the way drive ke Alor Gajah, sempat jugalah singgah sebentar dekat surau tepi jalan..tumpang solat..kemudian barulah teruskan perjalanan...


Drive punya drive..perut memang dah berkeroncong,lepas kami jumpa kolam air panas tu terus berpatah balik cari kedai makan dulu..puas jugalah pusing2 dekat Alor Gajah, memandangkan banyak kedai yang tutup..kami hanya makan dekat gerai tepi jalan untuk mengalas perut..

lepas tu baru patah balik ke kolam air panas....teruskan aktiviti merendam kaki..


Tak lama kami dekat sana, waktu dah sangat suntuk...masa tu dah dekat waktu maghrib..kami terus drive ke A Famosa Resort tak berapa jauh daripada kolam air panas Gadek. Tapi kami sempat meronda2 saja..sebab dah nak malam lagipun kami kejar untuk balik ke Johor.


Betul2 lepas maghrib..kami drive balik..Ahlahmdulillah..bermaghrib dekat Restoran Jejantas Ayer Keroh, lepas tu terus direct ke Johor. Piha drive sampai KulaiJaya lepas tu dila sambung drive..sebab terlalu mengantuk dan letih waktu ni...hew3...

Apa2 pun kami dah luangkan masa yang amat berharga sempena persahabatan kami dari kecil lagi..para single club..haha~

Next trip In Sha Allah jika diizinkan Allah, bulan Februari nanti menuju ke Cameron Highlands, Pahang..



No comments:

Post a Comment