Saturday, February 16, 2013

ROJAK ASMA JOHOR

Gambar ambil pakai iPod aje

ROJAK ASMA...orang Johor tak lah begitu janggal dengan makanan ni. Mungkin juga beberapa atau sesetengah masyarakat luar Johor pun mana yang pernah rasa Rojak Asma ni tak lah pelik sangat. 

Kenapa dipanggil dengan Rojak Asma??..dan kenapa dalam banyak2 nama...Asma juga mendapat tempat??..adakah mak cik Asma yang mencipta makanan ni atau..macamana???..hew3..itu...piha tak tahu lah..tapi apa pun memang sedap kalau dimasukkan ke dalam mulut..

Bahan-bahan dalam rojak asma ni lebih kurang dengan pasembur, tapi ingredient dalam pasembur lagi variety berbanding dengan Rojak Asma ni. Ok..biasanya dalam rojak asma ni..akan ada tauhu, tepung yang digoreng, tempe goreng tepung, kentang rebus, telur rebus yang digoreng, hati ayam goreng, hati lembu goreng. Lepas tu ditambah dengan timun dan juga cili. Sama juga dengan kuah pasembur/gado-gado..rojak asma ni juga dimakan dengan kuah kacang. Kalau piha kuah kacang tu makin pedas makin sedap!..

Jadi, kalau dekat rumah nak buat rojak asma ni sebenarnya tak susah mana pun. Lebih2 lagi kalau nak hidangkan pada tetamu yang datang dekat rumah, mesti jadi lebih menarik dan lain dari yang lain kan??..cuma renyah lah kata orang Johor (banyak kerja) nak kena buat..untuk menyediakan rojak asma ni..

Ahh..tiba-tiba teringat pula masa makan Pasembur dekat Penang, Padang Kota tak silap namanya. Itu memang pure!!..lagi banyak jenis bahan-bahan kita boleh pilih..kebanyakannya macam boleh tambah sosej, jejari ketam, bebola...bermacam bebola...ahh..tak tersenarai lah...


No comments:

Post a Comment