Friday, February 15, 2013

PENGHUJUNG SELATAN TANAH BESAR ASIA

Bagi komuniti Johor sendiri, mungkin dah kenal dengan gambar di bawah ni, dekat mana...apa yang special tempat ni..Tapi bagi pengunjung yang mana datang dari seluruh pelosok tanah air sendiri, di sini ialah syurga membeli belah yang boleh di bawa balik sebagai tanda cenderahati dan juga tanda kenang-kenangan bagi mereka yang datang melawat negeri selatan tanah air ini.


AYER HITAM

sinonim dengan lokasi yang terkenal dengan barang seramik, tempat untuk mereka yang bakal mendirikan rumahtangga, yang gusar dan pening untuk mencari cenderamata untuk para tetamU yang akan hadir pada hari bahagia dan juga mungkin ini adalah sesuai untuk mereka yang gemar akan Otak- Otak, kerepek ubi, kerepek pisang, kerepek udang dan bermacam lagi.



Bukan itu sahaja, malah untuk para ibu yang gemar akan produk anyaman kertas surat khabar yang dijadikan tudung saji, tikar mengkuang dan sebagainya, pasti membuatkan rambang mata untuk pilih mana satu yang berkenan di dalam hati.


Berbagai jenis dan design porselain yang di ukir dengan bermacam bentuk yang menarik pasti mempesonakansetiap mata yang memandang. 

Lokasi yang terletak di dalam daerah Batu Pahat, memudahkan para pengunjung untuk singgah sebentar di Ayer Hitam, Batu Pahat ini. Kedudukan lokasi yang strategik yang terletak di antara jalan sehala menuju ke Melaka dan juga bandaraya Johor Bahru.



Pengkalan bot, Sri Medan Batu Pahat yang dah ditutup operasi sejak dulu lagi..

Sehala untuk menuju ke Batu Pahat, piha dua beranak dengan abah singgah sekejap dekat Ayer Hitam sengaja mencari anak patung yang sangat murah..ada juga berkenan dalam hati ni pinggan mangkuk, perhiasan rumah yang lawa2..membuatkan rambang mata...

Tujuan nak ke Batu Pahat ni biasalah, tak lain tak bukan kalau bukan nak menjenguk kebun dekat kampung tu, nak tengok anak kelapa sawit yang baru saja di tanam beberapa bulan yang lepas..takut ada yang mati. Biasanya kami aklau nak ke Batu Pahat akui, memang tak suka ikut lebuhraya..kami lebih suka ikut jalan lama....memang masa lama jika nak di bandingkan ikutlebuhraya..boleh katakan 2 jam lewat..=')..jadinya perjalanan menjadi 3 jam...

Begitu juga kalau jalan menuju pulang ke Paisr Gudang, kami biasanya akan lalu jalan Pontian Kechil. Jadi nak di jadikan cerita, akmi pun singgah ke Tanjung Piai yang terletak dekat Kukup, Pontian, Johor. Alang- alang dah petang..piha bercadang nak ambil angin petang sekali gus nak tengok matahari terbenam disana.



Sesampainya kita dekat sini, pasti kita akan nampak mercu tanda Tanjung Piai ni..telah dibuka sejak awal tahu 2000 lagi dan dibuka untuk pelawat yang ingin mengunjungi lokasi ini.

Bayaran sangat murah hanya RM3 untuk kanak-kanak dan RM5 bagi pengunjung dewasa pasti tak ternilai harganya dengan kekayaan nilai kehijauan flora dan fauna yang tersembunyi di sini. Ia juga turtut menjadi habitat bagi haiwan yang tinggal di kawasan bakau seperti ketam, ikan belacak, siput dan bermacam lagi.



Apa yang menarik lagi di sini ialah kita dapat melihat haiwan hutan seperti ayam hutan dan monyet yang hidup bebas di atas pokok..malah yang hinggap duduk di atas bumbung dan juga pada laluan pejalan kaki.


Disini, tentunya kita tak akan datang semata-mata untuk melihat pokok bakau dan terus menuju ke platform penghujung tanah asia,malah sepanjang perjalanan dan terdapat banyak info- info yang berkaitan dengan pokok bakau itu sendiri dan juga hidupan yang tinggal di sana. Jadi memang tak rugi kalau nak bawa anak beriadah, serta menambil angin dekat sini...di samping menghirup udara yang segar..


Bagi mereka yang datang secara rombongan sekolah, kerja dan sebagainya, disini juga akan di sediakan sebuah bilik taklimat dimana sesiapa yang pergi camping dekat sana, seperti pengalaman piha sendiri..tidur dalam khemah, dimana kita akan naikkan khemah kita di atas platform yang telah disediakan dekat celah2 pokok bakau..sangat menarik...tetapi apa yang menjadi kenangan yang takkan dilupakan sepanjang berada dekat sana ialah bila khemah kami kena kencing dengan monyet..dan biskut salah seorang dari kawan kami kena bawa lari monyet...=')


Di samping itu, disini mereka sangat mementingkan kebersihan alam semula jadi..kpengunjung tak dibenarkan membuang sampah merata-rata tempat.


Perjalanan daripada laluan masuk untuk menuju ke platform penghujung tanah asia adalah lebih kurang 653meter. Kemudahan laluan pejalan kaki disediakan tambahan dengan pondok untuk mereka yang nak rehat sebentar..yang penat berjalan...


Laluan ni terbahagi kepada beberapa bahagian, dimana jalan dipecahkan untuk tempat..yang mana mereka nak melihat laut selat melaka dari menara pemerhati, boleh juga menuju tempat memancing dan juga laluan terus ke platform penghujung tanah asia.


Laluan yang agak sunyi..sebab piha dengan abah antara pengunjung yang terakhir sekali pada petang tu...


Faham dengan papan tanda ni??..mungkin ada monyet yang tengah mengintip perjalanan kita....=')


Informasi...memang sepanjang perjalanan..banyak papan info sebegini untuk menerangkan pada kita tentang selok belok pokok bakau, haiwan di sini...tak rugi spend masa sekejap dengan anak2...kasi mereka kenal tentang ciptaan semulajadi ni..


Seperti yang dah dikatakan sebelum ni...


Ok..masa piha datang ke sini..tak nampak pun ayam hutannya..mungkin sedang mencari rezeki dekat celah pokok bakau lain..=)


Kalau kita tengok..pokok bakau tu sama saja semuanya..asal yang tinggal dekat lumpur tu...semua bakau..namun begitu, sebenarnya..bakau terdapat bermacam jenia..antaranya seperti yang dia atas...tapi jangan keliru..sebab di antara pokok bakau tu semua ada juga terdapat pokok api2..


Inilah kekurangan yang terdapat dekat lokasi penghujung tanah benua asia...iaitu sampah sarap yang agak merata sepahnya..mungkin sampah pengunjung, mungkin juga sampah daripada laut yang dicampak keluar oleh armada2 kapal...


Khazanah alam...siput...


Info..merata tempat...


Inilah apa yang terjadi dekat Tanjung Piai sekarang..piha ada terbaca tentang berita pokok bakau dekat sini banyak yang mati akibat daripada hakisan dan juga selaput minyak..sayangnya...akibat daripada itu, banyak pkok bakau yang dah mati terutama sekali dekat pinggir laut...


Tumpaan minyak daripada kapal dagang yang berlabuh tidak jauh daripada pinggir laut Tanjung Piai sedikit sebanyak telah menghakis akar pokok bakau sekali gus membuatkan akar pokok menjadi reput dan tumbang..


Pihak kerajaan juga telah spend beberapa jumlah wang untuk membuat benteng serta inisiatif lain untuk bendung masalah ni..tetapi akibat paras air laut yang agak tinggi tak dapat berbuat apa2..


Kesannya...pinggir laut kini menjadi lapang..yang dulunya dilitupi dengan pokok bakau yang menghijau..kalau dulu...pejabat Taman Negara Tanjung Piai tak boleh dilihat...agak skar dilihat..tapi sekarang,,separuh perjalanan daripada laluan pejalan kaki dah boleh nampak pejabat taman negara disitu..bayangkan betapa teruknya hakisan yang berlaku dekat sana.


Sayang...mungkinkah Tanjung Piai akan datang akan berubah menajdi teruk daripada ini??..apakah langkah yang seterusnya??...


Sayangnya..usaha kerajaan untuk tanam semula bakau tepi laut akibat hakisan..menjadi sia2 bila anak pokok ini tak sempat nak hidup...setahun beberapa jumlah sukarelawan akan membuat gotong royong untuk terus memulihara taman negara ini...


Kesan daripada hakisan...adakah mereka tidak tahu akan fungsi pokok bakau sebagai perangkap sampah sarap??...


Tumbang..


Mati...begitu sahaja...


Bila senja menjelma...piha dengan abah pulang semula sebelum tempat ini tutup pada jam 7malam..


Tenang...


Lapang...


Naik taraf...dewan untuk kemudahan mereka yangmenginap dekat sini..ohh ya...pada sesiapa yang bercadang untuk buat kem atau camping..ini adalah lokasi terbaik..selain ada tapak perkhemahan..ada juga disediakan untuk berjalan halangan di celah lumpur..dan paling best boleh tengok kunang2 pada waktu malam..


Peta lokasi untuk pengunjung...


Keistimewaan yang terdapat dekat sini fenomena air pasang besar. Sebulan boleh dikatakan sebanyak 2 kali akan berlaku fenomena air pasang ni..air pasang akan boleh mencecah hingga ke pejabat pentadbiran taman negara ini. Jadi..bagi sesiapa yang bertuah..pasti akan dapat merasakan air terjuan semulajadi ini...


Tanam semula pokok bakau....

FN : SEMOGA KHAZANAH ALAM INI AKAN TERUS DIPULIHARA..JOM!


No comments:

Post a Comment