Sunday, February 17, 2013

CAMERON TRAVEL : 11 FEB ( DAY 1 )


Lepas sejam kami berehat menikmati sejuknya angin Tapah..masa tu 18C okeh..memang menggigil lah makan time tu, cuaca baik,tak hujan..mungkin pada waktu tu kami berada dekat area tanah tinggi kot. Itu rasa angin lain macam sikit. Menggigil semacam. Sepanjang dekat Tapah tu banyak juga bikers yang konvoi entah kemana agaknya mereka nak pergi.

Lebih kurang sejam kami berehat, lebih kurang pukul 7.30pagi kami gerak naik ke Cameron. Masuk balik Highway, dan exit Plaza Tol Tapah. Dekat simpang lampu isyarat tu memang terang2 nampak signboard ke Cameron. So mudah perjalanan kami. Kami perlu menyusuri jalan bengkang-bengkok berbukit sepanjang 45KM lebih kurang untuk sampai ke Ringlet dimana pekan pertama dekat Tanah Tinggi Cameron Highlands. 

Nak cakap adventure nak naik bukit bengkang bengkok tu memang semestinya. Macam nak naik ke Genting gayanya. Memang seram..dengan jalan yang sempit. Setiap kali dekat selekoh tu elok2 lah sikit, perlahankan kereta..sebab takut jalan yang dilindung dengan tanah bukit tu ada pula lori/bas yang lalu. Kalau berselisih dengan kenderaan besar2 ni, kalau boleh kita yang berkenderaan kecil ni lah yang mengalah..

Pada masa yang sama, temperature kereta juga kena jaga. Sebab yelah, naik bukit dengan jalan tak lurus ni kuat main dengan gear, jadi kalau lebih daripada separuh naiknya temperature tu, berhenti lah dekat tepi jalan yang lapang sikit, sejukkan dulu enjin. Lepas tu barulah sambung balik perjalanan. Sepanjang kami naik tu pun memang banyak juga kereta2 yang berhenti.

Sepanjang perjalanan naik tu, kami buka tingkap. menikmati sejuk angin cameron. Memang best..yelah..dah lamatak pergi kan..keterujaan tu memang tak dapat nak disangkal lagi. Memandangkan hotel kami dekat Brinchang, jadi kami melintasi 3 pekan..iaitu Ringlet , Habu dan juga Tanah Rata. Alhamdulillah..dalam pukul 10.00pagi kami sampai dekat Brinchang. 

Bila dah sampai Brinchang, ahh..sudah..kami berdepan dengan jammed. Memandangkan hari tu ada pasar siang hari Ahad, jadi memang semua kereta dan pengunjung berpusu dekat situ, kami dengan masalah nakmencari hotel. Ingatkan nak check in dulu,mandi manda, rehat sekejap..kemudian petang lepas Asar lah baru nak keluar balik.

geram je tengok...bersepah baju t-shirt Cameron ni dekat Pasar Siang..

Kemudian, kami cari parking tak jumpa..ahh,.dengan badan yang letih, tak tidur semalaman drive..parking pula susah nak cari, sampai berpusing dekat tempat yang sama banyak kali. Akhirnya..dapat juga park yang dekat dengan Hotel kami (REMIX HOTEL)

credit : Google

Ok..keluar kereta..dengan semangat nak check in katanya. Sebab sebelum tu orang hotel call piha untuk check in awal. Kami naik ramai2 dengan bimbit beg..sekali TAK BOLEH CHECK IN LAGI. Sebab check in pukul 2.00pm juga.Piha dah argue balik pun reception person tu kata tak boleh.

Dah..kami bawa balik beg dalam kereta. Hati memang dah panas dah ni..yelah..kami dari Johor kot!!..penat!!..haihh..tapi tkami positif lah juga..nak menunggu sampai pukul 2.00pm tu memang berjanggut, memandangkan sekarang masih pukul 10.00pagi. Baik..mujur ada pasar siang, dekat pula tu..jadi kami merewang lah dekat area situ..duk berjalan..survey2..

Fatin..zaleha...dila...time ni angin sejuk ok..ketar gigi!!

Mata time ni dah start rambang dah..tak tahu nak beli apa. Apa yang piha geram ialah pokok kaktus..memang banyak sangat ok..comel2 dan murah2. Bayangkan harga pokok kaktus untuk 7 pasu sama dengan RM10.00. Tak ke menggila???..Piha pun nak beli juga niatnya..siap dengan stand dia sekali..cantik buat hiasan. Tapi bila teringatkan abah pesan jangan beli benda membazir selain makanan..piha pun batal niat nak beli pokok kaktus tu..

Nah..pilih yang mana suka..

Bantal murah2..nak bentuk silinder, strawberry..semua ada..RM10!!

Sesiapa kenal buah ni??..piha actually jarang nampak juga buah ni..BUAH TAMPOI namanya. Tapi bila kami tanya...orang bangladesh tu kata KALING??..piha pun tak tahu...mahal ni..seikat RM6

Strawberry...geram kan...tengok dekat sini, dia main longgok je buah strawberry ni..tak payah nak masuk dalam peti ais..tak benyek pun..cuba dekat tempat kita tengok..tak busuk??..

Jagung pun bersepah juga..boleh makan terus macam tu aje tau..katanya manis..tapi tak try lah..tak kurang sayur..jual longgok2 aje..tapi murah!!..

Haa...yang ni kami try..HONEY COMB..madu lebah ni dibela..rupanya honey comb ni dijual..memang piha tahu honey comb ni boleh makan...

HONEY STICK....makanan yang takkan busuk..inilah dia..madu lebah..

Uncle ni sporting tau..sangat ramah tamah!!..

Jadi..kami decide untuk rasa honey stick ni..RM2 untuk 1 stick..RM5 untuk 3 sticks..

Fatin pun rasa juga...sedap katanya..manet!!

Kaklong kami..dila pun tak ketinggalan jugaa..

Piha pun rasa!!..memang sedap2!!..manis..

Tak kurang juga bunga2..memang segar2 lah bunga ni..=')

dried strawberry pun ada..bukan tu aje..ada roselle, peria, peach dan macam2 lagi..

Lepas puas pusing..memandangkan lama lagi..perut kembali berkeroncong..dengan terik panas, meskipun angin sejuk..kami decide untuk lunch dulu dekat foodcourt dekat dengan hotel kami. 

Relax2 dulu..

sambil plan..nak gerak mana dulu..esok..dan petang ni..

Macam over pula pakai spec dalam food court ni..

Piha makan nasi ayam aje..nak order makanan panas semua tak buka lagi..rasa boleh lah..standard jual..

air teh o ais dengan ais suam..nahh..padahal sejuk ni..minum ais..TERBAHEKKK..

Selepas kekenanyangan..AT LAST!!..pukul 2.00pm..pergi balik hotel..ohh malang sungguh bila kami rupanya kena pergi hotel Remix 2!!..ARGH..NASIB BAIK TAK JAUH..kalau tak..mahu haruk juga..ok lah redha aje lah..berjalan sikit..and finally...kami check in...boleh bersantai2...

Kami dekat Level 2...dalam bilik ni tak ada air cond...memang tak perlu pun..walau pada mulanya pelik..sebab tak da kipas..tak lama kami duduk..memang bilik tu sejuk..

Pemandangan atas bilik kami..

Try basuh muka..perghh..air tak boleh tahan..ais kot!!..sejuk gila..terkejut..kalah air perigi yang piha mandi pagi2 dekat rumah...shower dah buka heater pun still tak boleh lawan kesejukan ai semulajadi..haihh..tak boleh tahan air dekat sini..serius..

OK..petang tu..lepas solat semua..kami naik ke Tringkap..nak ke Bee Farm katanya..jalan naik ke Tringkap tak jameed..nah..masa turun tu kami tengok jammed gila..tak gerah ok!!..dalam hati dah cakap..ahh..menghala balik..masak aku ni..

Drive naik lagi..ingat nak sampai ke Rose Valley...terus punya terus..tak nampak pun..sampai kami lalu jalan menuruni bukit..ok itu kami dah seram...sebab kalau terus lagi ni mahu boleh sampai ke Gua Musang, KELANTAN oke..hilang pula kisah nak stay dekat Cameron. Jadi kami pusing balik..singgah ke BEE FARM..

Dekat Bee Farm...dah nak tutup masa ni..angin dah bertambah sejuk..

Fatin..dengan candidnya..

Kami berduaaa...

Masa ni nak pukul 7.00malam..kami decide nak turun..ahh..memang tepat jangkaan lah..jalan memang jammed!!..tak gerak lagsung..

Dari cuaca cerah sampai gelap..ada dekat berjam juga kami stuck dekat Brinchang ni.yelah..sebabkan Pasar Malamni lah..jalan teruk sangat..

sempat amik gambar..bosan punya pasal...

Sesampainya..masalah cari parking lagi...sampai tukar drive dengan dila...then lepas dapat park kereta terus makan malam..

Tak dekat oversea lagi ni..bersarung tangan siap..

Piha makan Kuey Teow Goreng dengan teh o panas... Makanan ni baru sampai..tak lama tu sekejap jadi sejuk..sebab angin terlampau sejuk..menggigill...brrr...ini siapa yang order ais..ni..tah tahu nak cakap apa..

Sementara menunggu makanan...

Zalehaaa!!!!..

Lepas siap2 makan..terus masuk bilik..nasib baik jalan tak jauh..tidur siap mengigau..

SELAMAT MALAM

3 comments:

  1. best nyerrrrrr ~ teringt mse dlu ! haih ! ;)

    ReplyDelete
  2. piha2, masa masuk mardi tu aku boleh makan strawberry kat dlm tu, siap petik lagi.hahah

    ReplyDelete
  3. linda : haaaa!!!!..=')..linda dekat sikit ni!!!..^_^

    Isa : hmm..best ler..masa piha pergi semua kebun strawberry tak boleh petik buah tu..

    ReplyDelete