Sunday, February 17, 2013

CAMERON TRAVEL : 10 FEB


Memandangkan travel kami adalah selama 3 hari 2 malam iaitu daripada 11-13 Februari 2013..Jadi kami berbincang untuk gerak awal, ini bermakna kami gerak pada 10 Februari malam. Jalan tak berapa sesak, dan tak panas. Tapi dalam hati pun sebenarnya takut juga. Sudahlah kami berempat saja perempuan, jalan malam. Negatif pun turut kami kaji..tapi In Sha Allah, percaya dengan Allah sentiasa di sini, ALHAMDULILLAH kami selamat sampai dekat Tapah, Perak pada jam 6.01 pagi. 

Kami gerak daripada Pasir Gudang, Johor lebih kurang 10.30malam. Tup..tap..tup..tap..isi minyak, pam tayar semua kami masuk Highway Utara Selatan lebih kurang pukul 12.00tengah malam. Hampir 6 jam lebih kurang atas highway..kami berehat dekat Hentian Pedas, Negeri Sembilan pada jam 2.45pagi. 

Dalam pada itu, apa yang piha target untuk sampai dekat setiap hentian/negeri agak tepat, meandangkan perjalanan kami smooth dan baik2 saja. 



muka masing penat, malam tu piha sauk ajelah baju mana yang ada..sebab perjalanan malam kan. Sepanjang perjalanan dila teman piha berbual..tak lupa juga gula2 mentos mint dan Pearl Cafe..keh2..over kan..ini masa kami dekat Tapah, breakfast dan solat subuh..

Dalam perjalanan pula dengan perut meragam..lapar tak henti..dan makan gula2 dengan minum air pun tak kenyang juga....siap tambahan limau mandarin...lapar lagi....last2 sampai Tapah..hah..order je..tak sempat nak pusing2 survey makanan.



Piha makan apa ye waktu ni??..ohh ya..makan nasi goreng..sedap tak sedap tolak tepi...piha betul2 lapar waktu ni..



Dekat R&R Tapah ni banyak pula kedai yang jual aksesori macam ni..mana tak geram. Nasib baik boleh tahan nafsu membeli ni..keh3..



Tengok aje lah..macam2 yang dijual, kain tusung, brooch cantik2..



KIRAAN BAJET


Minyak : RM100 (FULL)

KADAR TOL

TOL SKUDAI : RM 2.10
TOL SUNGAI BESI : RM41.30
TOL EXIT TAPAH : RM19.40

JUMLAH : RM62.80

No comments:

Post a Comment