Saturday, February 16, 2013

ATIKA'S ENGAGEMENT


Alhamdulillah!...seorang lagi kawan piha dah menjadi sebahagian daripada milik insan tersayang..apa pun TAHNIAH!! diucapkan..semoga berkekalan hingga ke syurga!..amin..amin..amin..


Tanggal 12 Januari 2013, Noratika Mansor yang mesra dipanggil atika ni, selamat mengadakan majlis pertunangan dia bersama dengan jejaka pilihan hati yang berasal dari Gelang Patah, Johor.


Piha yang dah ditempah awal2 diminta untuk menjadi jurugambar pada hari kejadian. Meskipun tengah final exam..lebih kurang sehari sebelum final paper..dan sehari sebelum balik semula ke Shah Alam..sempat juga mencuri masa untuk tunaikan hajat si pengantin ni..


Dalam hati berbisik...gembira tengok kawan saya dah bertunang, dulu masa kecil2 ni main pasir sama2 ni...tunggu bas..bergaduh...main ejek2 dan sebagainya..tapi sekarang masing2 dah besar..dah bawa haluan masing2..dan ramai pun yang nak mendirikan rumahtangga...alhamdulillah..=')



Majlis tunang ni bermula pukul 2.00petang, agak ramai rombongan sebelah pihak lelaki yang datang, tak kurang juga saudara sebelah perempuannya. Penuh dengan adat istiadat melayu, pantun sebagai pembuka bicara, hantaran daripada kedua belah pihak serta perbincangan tentang ikat tunang dan hantaran untuk majlis perkahwinan..=')


In sha Allah, jika diizinkan Allah, tali pertunangan mereka adalah selama 2 tahun hidup..

apa pun semoga berbahagia atika dan azwan!




HANTARAN PIHAK PEREMPUAN










HANTARAN PIHAK LELAKI











menyarung cincin tanda..=')

No comments:

Post a Comment