Sunday, January 1, 2012

2012 : KURANG : SUSUN : TAMBAH


kredit : Google.com

Selamat tahun baru!!!
Alhamdulillah..diam tak diam...dah masuk ke tahun 2012...
tak dapat dinafikan memang banyak perkara yang piha lalui sepanjang tahun lepas yakni 2011
baik yang manis dan yang pahit...

hurmmm..bercakap tentang azam...pastinya kawan2 piha yang lain dekat luar sana dah tanam dan mungkin sedang melaksanakan impian mereka....mungkin juga impian mereka tahun lepas ada yang sudah tercapai, ada juga sipi2 nak tercapai dan mungkin juga tak tercapai....

Bagi diri piha sendiri..piha tak tanamkan apa2 impian untuk tahun 2012 ni, sebab piha bawa impian piha yang tahun lepas ke tahun baru ini...tapi apa impiannya???...

1. NAK KURANG SIKIT

Piha sebenarnya nak kurangkan berat badan piha balik..meskipun tak betul2 kurus..at least piha dapat pakai balik baju piha yang lama....sepanjang tahun 2009 piha keep on diet...dan alhamdulillah...20Kg piha turun...dan pada tahun 2010, akibat tak konsisten, memang berat piha naik....sampai sekarang..piha memang takut dengan weight scale..

dan oleh sebab yang demikianlah piha inshaallah nak tanamkan hasrat piha untuk diet balik..tak banyak pun sikit lah piha nak kurangkan makan tambah dengan senam..inshaallah....

2. NAK SUSUN SIKIT ( KALAU JADI )

Piha juga nak tanam hasrat..kalau boleh piha nak pakai braces...terlintas tiba2 dekat fikiran piha nak pakai braces selepas abah siap buat gigi palsu..inshaallah..piha akan ke klinik gigi cuti semester ini, dan mungkin piha akan stop sekejap rutin cuti piha untuk travel..dan piha akan gantikan dengan impian piha ni...

Piha nak cuci gigi dahulu..then nak pasang braces...harap2 abah benarkan impian piha ni tercapai...

kalau tak tercapai tahun ni...piha postpone ke tahun depan..depan...daaaaaan depannnnnn....

3. NAK TAMBAH SIKIT

berkenaan nak tambah ni...piha sebenarnya nak improve diri piha untuk jadi yang lebih baik dari tahun lepas....terutama sekali...

Piha nak jadi anak abah yang baik...
Piha nak jadi kawan yang memahami..
Piha nak jadi.....*******( haha..loser!)

**celebration & recap....upcoming


No comments:

Post a Comment