Friday, December 23, 2011

MESRA TANI BERSAMA BERNAS & PELAJAR UITM

Terima Kasih untuk PUAN HAYATI atau di sapa manja dengan panggilan MAMA, seorang pensyarah bagi subjek Effective Speaking sebab memberi piha peluang untuk menyertai PROGRAM MESRA TANI BERSAMA BERNAS & PELAJAR UITM.


Program yang berlangsung selama 17 dan 18 Disember 2011 banyak memberi piha pelajaran dan pengajaran tentang selok belok kehidupan sebagai seorang petani. Memang di akui, masa yang begitu singkat seakan- akan tak mahu melepaskan kami untuk pulang ke Shah Alam. Sangat menyeronokkan, disamping dapat belajar banyak benda daripada orang kampung, kami juga telah diambil sebagai ANAK ANGKAT. huhu....

Perjalanan yang memakan masa selama 2 jam lebih kurang, dimulakan dengan lawatan ke Kilang Bernas, dimana satu tempat untuk mengumpul hasil tuaian padi daripada bendang masing- masing..Kami juga diterangkan dengan bermacam proses dari sebutir padi menjadi beras.

The delicious dish!!..tak tahu apa nama..tapi dalam pot kecil tu bubur beras bersama durian..sedap okeh!! ( isa zubir..tambah 2 kali...mampu??)


The best part is....piha snagat excited bila nampak sekam membukit yang dikumpulkan dekat satu kawasan..i'm look so jakun..T_T..

these are how a paddy become a rice!


Tak lama pun kami dekat situ, then terus bertolak ke KAMPUNG PARIT 5 SETENGAH, SABAK BERNAM sebab orang kampung sudah menunggu kami.


Then setibanya kami di situ, memang muka masing2 excited dan paling tak sangka nya, kedatangan kami disambut dengan paluan kompang!!...

woww...sebenarnya, dalam masa yang sama..piha tengok..jeling juga muka mak dengan bakal ayah angkat piha, setiap sorang piha buat kira2..adakah yang ini..adakah yang itu..hehehhee...

Majlis perasmian dimulakan dengan ucapan aluan daripada Ketua Kampung dan dirasmikan oleh Pihak BERNAS sendiri..kemudian disusuli dengan penyerahan anak angkat kepada keluarga anak angkat mereka...dan alhamdulillah..piha mendapat seorang ibu dan abah yang best!!


Piha duduk serumah dengan anis...so kami di bawa dengan menaiki kereta ke rumah keluarga angkat kami..dan setibanya kami di rumah mereka, piha terkesima sebab kiri, kanan, belakang semuanya dikelilingi sawah padi...manakan tidak..rumah piha walaupun kampung, hanya penuh dengan kelapa sawit dengan getah sahaja, tak lah sedamai dan setenang piha rasakan sepanjang berada dekat sana yang dipenuhi dengan kehijauan sawah padi...

Setibanya kami dekat rumah, Puan SARAH atau mesranya kami panggil emak terus membuat cekodok pisang untuk kami..memang superb..apa lagi..piha dengan anis pun tolonglah dekat dapur...duk ketang ketung dekat dapur..hihi..sambil2 tu emak cerita tentang kehidupan dia dekat belakang rumah tu...manakala abah pula duduk dekat luar...

Then kami makan sama, sambil buat dokumentari tentang keluarga emak..banyak yang kami dapat....

Pada petangnya pula..kami di ajar buat NASI AMBENG dengan **** KEPING iaitu sejenis bubur orang banjar..kami semua berkumpul dan masak bersama- sama orang kampung...best!!


malamnya pula kami membuat malam kebudayaan dimana semua pelajar membuat persembahan masing dengan lagu P. RAMLEE..memang havoc...serta disleangi dengan persembahan daripada anak kampung itu sendiri.


ni lah HASSAN..anak jati kampung tu yang tengah buat lawak....YE BETUL!!!

PAK CIK!!....tak tahu ayah angkat siapa..menyanyi...suara sedap woo!!


Lebih kurang pukul 12.00 malam..kami balik dan merehatkan diri dekat rumah...=)

No comments:

Post a Comment