Sunday, November 6, 2011

SALAM AIDILADHA


SALAM AIDILADHA

Ia datang tanpa pesta dan festival, hanya takbir yang bergema tanda kesyukuran dan kebesaran yang Maha Esa. Hari yang di sambut setiap 10, 11, dan 12 Dzulhijjah dan diikuti dengan solat sunat dan takbir pada pagi 10 Dzulhijjah.

Memperingati peristiwa Nabi Ibrahim Alahi Salam tunduk dan patuh kepada perintah Yang Maha Kuasa mengorbankan anaknya Nabi Ismail Alahi Salam.

Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: “Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.” (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)

Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

No comments:

Post a Comment