Sunday, October 2, 2011

MODUL 6

Lama rasanya tak update blog..even kerja assignment tak lah banyak..tapi disebabkan tak banyak benda yang menarik untuk di kongsikan, maka terbiarlah blog ini..

Diam tak diam dah masuk 3 minggu berada di semester 2, ada lagi 4 semester bersamaan 2 tahun berada di bumi UITM sebelum graduasi. Alhamdulillah, perjalanan hidup sebagai seorang pelajar sekarang semakin baik di samping piha punya rakan- rakan kelas yang sangat caring, baik, sangat ambil berat each other dan agak rapat. Dulu datang kosong cuma berbekalkan kenangan lepas kini, piha boleh terbang bersama mereka semua...

Tak lupa, abah yang berada di kampung dan khabar yang piha terima alhamdulillah, sihat...
Abah sekarang tengah sibuk2 buat gigi palsu..itupun lepas piha pujuk abah banyak kali baru abah nak buat...kasihan piha tengok abah nak makan kena yang lembut2 dan sebagainya..tak salah kalau abah buat untuk kemudahan abah juga =D...Tapi..rasa ralat juga bila sepatutnya piha teman abah buat ukuran gigi pada 30 September 2011, terpaksa piha batalkan atas sebab MODUL 6 yang mewajibkan piha untuk datang. Rasa bersalah sangat sebab dah berjanji dengan orang tua di kampung, tapi..at last..piha sendiri yang memungkiri janji tersebut...

Adik minta maaf abah...syukur..abah kata 14 Oktober 2011 tempahan abah siap...=)..

Tadi, model yang ketiga piha hadir. Setiap semester piha perlu menghadiri 2 modul. USAHAWAN GLOKAL dan JARINGAN..Alhamdulillah..semuanya selesai...semalam selama sehari suntuk berada di UITM dan pagi tadi hanya separuh hari sahaja untuk ceramah..

No comments:

Post a Comment