Friday, August 5, 2011

CORN FLAKES CHOCO

Berkumandang lagu raya sebagai selingan membuat kuih raya memang amat mengasyikkan.. Hari ke lima berpuasa seakan- akan terasa hangatnya raya.

Hari ini, sekali lagi piha berpeluang untuk membuat percubaan kuih raya.
Dengan keizinan serta kepercayaan abah untuk piha..maka terhasillah kuih CORN FLAKES CHOCO ini...

Sebenarnya, ini adalah percubaan piha nak membuat kuih raya. Ini juga merupakan tahun pertama dan buat pertama kalinya piha mencuba dalam pembuatan kuih raya. Dulu, kalau masa ada umur arwah emak, piha selalu tolong emak dekat dapur. Arwah emak piha sangat rajin dalam baking ni, setiap tahun, kuih goyang, siput, kek marble, buah- buahan menjadi kegemaran sanak saudara yang bertandang dekat rumah. Piha pula yang ketika itu menolong, cuba menerap kuih, gaul serta hias2 kuih raya.

Pernah sekali piha cuba nak bakar kuih yang emak buat, tapi hangus..habis semua menjadi habuan tong sampah=(..namun itu semua kenangan...sekarang abah kata, piha perlu belajar buat sendiri...apa yang abah boleh tolong, abah akan tolong...
piha sayang abah..

Piha banyak belajar daripada internet, cuma lauk pauk sahaja abah yang mengajar piha. Abah adalah MR MAMA piha.

OK..termasuk lah tadi...abah memberi piha wang saku, piha terus ke ECONSAVE dah membeli belah bahan- bahan yang di perlukan.

Kuih yang sangat simple dan mudah. Tak pelukan bahan yang terlalu rumit. Cukup bahan asas sahaja...

BAHAN- BAHAN

Coklat Masakan

Sudah tentu..empingan jagung

Badam yang di cincang..

Badam tersebut hendaklah di goreng tanpa minyak...

Mangkuk comel...ikut keserasian citarasa anda..

Di urai- uraikan...dan susun di atas talam..

Double boil coklat masakan..sehingga cair..kemudian gaul bersama empingan jagung sehingga rata...dan untuk hasil kilatan sedikit, letak minyak jagung sedikit..

Akhir sekali...ambil sesudu camca cornflakes, letak di dalam mangkuk comel..dan kemudian taburkan badam yang sudah di goreng...biarkan ia sejuk...

Susun di dalam balang=)

No comments:

Post a Comment