Sunday, August 7, 2011

CARAMEL CASTARD PUDDING

Dua kali mencuba,akhirnya..menjadi juga walaupun ada sedikit kepekatan rasa kastard..
Hampir putus asa dengan hasil yang pertama namun masih tak patahkan semangat piha untuk mencuba kali kedua..
Dengan nasihat, idea daripada abah, akhirnya menjadi juga puding kastard ni..

Pada mulanya, hasrat nak buat puding ni sebab nak balas lauk pauk yang di beri jiran piha,. Cuba tak nak beli, nak buat sendiri..tapi kadang2 hasrat tu agak sukar nak di realisasi sebab kadang2 apa yang piha buat semua tak menjadi..

Bukan baru kali ini, dari dulu lagi..
Macam- macam yang piha buat baik kek, kuih muih mahu pun pencuci mulut..
semua tak kemjadi..kalau yang elok pun sebab abah yang adun kan..
piha tukang gaulkan semua nya=(

Baiklah...puding kastard karamel..bahan- bahan asas juga..
Sangat mudah..

CARA- CARA :

Gula pasir : 2 setengah senduk

Masukkan gula ke dalam loyang kemudian panaskan di atas api yang kecil sehingga menjadi begini..

inilah rupa karamel..

______________________________________________________________

Kemudian..

Esen Vanila : 1 sudu makan

Susu sejat : 1 tin ( 400 ml )

Tepung Kastard : 2 sudu makan

Kesemua bahan ini, di gaulkan dalam bekas..

________________________________________________________________

Kemudian

Agar- agar serbuk : 1 paket

Campur bersama 2 cawan air lalu di panaskan di dalam periuk sehingga mendidih...
dan masukkan adunan susu sejat di atas...perlahankan api...
masak sehingga pekat...

__________________________________________________________

Kemudian..masukkan ke dalam loyang yang berisi karamel...
sejukkan


F/N : thanks kak nor dan kak liza...atas tips2 yang di berikan..

No comments:

Post a Comment