Tuesday, May 31, 2011

HAMSTER :ROMEO DAN JULIET

Romeo dan Juliet. Rakan baru piha!..

Ini lah dia, 2 ekor hamster yang baru saja piha beli dengan abah tengah hari tadi dengan harga RM9 seekor siap dengan habuk dan kuaci kesemuanya piha melabur sebanyak RM33 sahaja.

kuaci dan habuk

Siap Vitamin

Seekor jantan dan seekor lagi betina. Dulu masa zaman sekolah menengah, piha pernah bela 2 ekor hamster, tetapi jenis yang berlainan sedikit, saiznya yang lebih kecil dan harga yang lebih murah, RM5 seekor.


Piha memilih seekor jantan dan seekor betina juga pada waktu itu, piha beri nama COCO ( cho - cho ) untuk hamster jantan dan CICI ( chi- chi ) untuk betina. CICI dulu pernah beranak sebanyak 3 kali, malangnya kesemuanya mati sebelum mereka sempat membesar. Ini semua gara2 ayahnya, COCO yang makan anaknya sendiri. Sayang sangat pada waktu itu. Inilah didalam sangkar berwarna purple CICI dan COCO membina keluarga..hihi


Taukeh kedai tu cakap,kalau anak hamster ni dah besar, piha boleh jual balik anak hamster tu dekat kedai, dia ambil RM5 seekor. Dan bayangkan kalau piha ada banyak anak hamster yang berjaya membesar, tambah pendapatan piha...

Dan kali ini, piha bernekad untuk memastikan supaya anak hamster piha akan membesar dengan jayanya. Piha bercadang nak beli rumah hamster 2 tingkat, siap dengan ada gelungsur, terowong dan rumah lagi. Piha dah survey hanya RM45 sahaja. Nantilah, tunggu Romeo dan Juliet dapat anak dulu, baru piha fikir kemudian. Sekarang, buat sementara, duduk dulu dalam sangkar sedia ada dulu...

Hihi..inilah hobi piha, membela haiwan. Tetapi hanya haiwan berbulu dan jinak sahaja. Setakat ini, piha ada 3 ekor kucing dan 2 ekor hamster. Piha bercadang, nak bela arnab pula selepas ini dan juga ikan.



p/s : lepas raya kalau piha dah naik semester, teruklah abah...hihi..nak beri makan semua haiwan kesayangan piha...=)

2 comments:

  1. piha: dekat mana piha beli hamster? saya nak jual balik anak hamster ni. da banyak sangatla.

    ReplyDelete
  2. ='D...selamat pagi...piha jual balik dekat kedai jual haiwan....masa piha beli 2 ekor ni dengan harga RM9 seekor..dan jual balik dapatlah RM4 seekor...

    ReplyDelete