Thursday, March 3, 2011

FCM GALA NIGHT DINNER


Alhamdulillah..selesai sudah Malam Gala Fakulti Komuniukasi Media UNISEL yang telah diadakan dengan jayanya pada 28 Februari 2011 bertempat di Hotel De Palma, Shah Alam.

Malam yang penuh gala PENUH GLAMOUR.
Sesuai dengan tema GLAMOUR APPROPRIATE membenarkan kami para almuni dan para pelajar junior Diploma Komunikasi dan Media dan juga Ijazah Sarjana Muda untuk mengenakan sebarang pakaian namun Beretika dan sopan.

Piha yang agak pening pada mulanya untuk memilih pakaian yang sesuai memandangkan dress yang tidak mengizinkan ketinggian piha untuk memakainya. Jalan terakhir ialah piha memilih untuk mengenakan KAFTAN dan Tudung FAREEDA 3 lapis pada malam itu. Sesuai dengan warna pink sedondon dan kasut VINCCI berona putih krim=)


Acara yang telah diaturkan dengan ucapan pihak pengarah majlis, SJ atau nama sebenarnya ialah Yusoff yang berjaya mengandalikan majlis yang agak besar dengan sebaiknya.

Tidak lupa juga ucapan daripada Dekan Fakulti dan VVIP jemputan. Disamping itu makan malam yang sangat special.


Alhamdulillah, sekali lagi piha sebagai penerima anugerah dekan 2 kali berturut- turut walaupun pada akhir semester pointer piha agak jatuh. Alhamdulillah zaman diploma telah pun berakhir dengan segala kenangan yang tak akan piha dapat lupakan segala bait kenangan yang telah tercatat sirah hidup piha.


Malam yang sangat menggambirakan bila dapat berjumpa dengan rakan seperjuangan diploma yang telah banyak memberikan kenangan manis, kawan ketaa dan menangis, kawan kerja dan sebagainya. Alhamdulillah, walau pun semua telah membawa haluan masing- masing, namun kami tetap bersatu baik di luar, mahupun di dalam talian internet. Semoga perhubunagn ini akan berkekalan INSHAALLAH!


3 comments:

  1. taniah ye piha... rezeki terime angrh dekan... anda memg bijak

    ReplyDelete
  2. http://manismesradinda.blogspot.com/

    ada masa jom follow

    ReplyDelete