Sunday, February 20, 2011

SIBUK


Selamat Pagi 20 Februari 2011. Semoga hari ini akan membawa seribu kegembiraan untuk piha, serta rakan2 blogger yang lain. Sejak kebelakangan ini, piha tidak punya kesempatan untuk meng update sebarang entri di dalam blog yang serba serbi usang ini. Piha akui, kekangan masa serta kerja dan komitmen yang banyak menyekat peluang dan masa piha untuk menceritakan diari piha di sini.

Namun, piha akan mencuba untuk mencuri masa untuk berkongsi serba sedikit berkenaan diri piha, dan apa yang piha lalui setiap hari. Kalau dahulu MOMENTOS HATIKU menjadi medium piha untuk menceritakan perihal harian piha, namun sekarang DARI HATI KE JARI menggantikan tempatnya. Walaupun piha merindui segala entri piha disana yang akan piha update setiap hari sehingga cerita yang merepek pun piha masukkan sekali, memang piha menyesal akan virus yang telah menyerang masuk ke dalam website piha.

Alhamdulillah, pagi ini, piha merasakan kehidupan piha berada di tempat pembelajaran yang baru semakin baik bersama rakan yang sangat baik dengan piha, ambil berat tentang piha dan tidak lupa yang selalu bersama piha. Tidak tersenarai di sini untuk piha mention setiap nama yang berada di kelas. Hari- hari menjadikan piha dapat mengenali mereka dengan lebih rapat walau kami berasal daripada latar belakang pelajaran yang berlainan.

Kalau adik2 yang berada di dalam kelas yang sedang membaca blog kak piha, kak piha mengucapkan SELAMAT DATANG ke DUNIA KOMUNIKASI MEDIA. Kak piha harap adik2 tidak akan menyesal dan enjoy apa yang ada di depan mata sekarang. Kadangkala, ini adalah yang terbaik untuk anda. Percayalah..dunia komunikasi dan media ini sangat menyeronokkan.

Ok, hari ini, piha akan mengambil gambar untuk assignment photography yang seterusnya. Terlalu banyak kerja termasuk test dan presentation yang akan berlaku minggu hadapan. Semoga semangat yang kuat ini akan memberikan yang terbaik. Semalam pula piha telah menghadiri ceramah KEMAHIRAN INSANIAH dan ceramah KESATRIA.

No comments:

Post a Comment