Saturday, January 22, 2011

PROGRAM PEMANTAPAN WAWASAN

KREDIT : Google

ALHAMDULILLAH..selesai sudah PPW ( PROGRAM PEMANTAPAN WAWASAN ) yang buat julung kalinya, kelab MASSA menganjurkan program ini, bagi memantapkan lagi motivasi dalam diri setiap di antara kami sebagai pelajar semester 1, UITM Shah Alam. Perasaan sangat memenjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi sebab kami antara pelajar yang terpilih untuk kali ini, bagi melanjutkan pelajaran di antara universiti yang terbesar di Malaysia, dan di dalam fakulti Komunikasi dan Pengajian Media yang pertama di Malaysia.

Program ini juga bertujuan untuk mendekatkan kami dengan fakulti di samping mengenali lebih dekat para pensyarah di sini, di mana sebelum ini kami di tugaskan untuk meminta tandatangan pensyarah yang di senaraikan, lalu menghantar balik tandatangan tersebut. Ia juga selain itu untuk mendekatkan diri kami para pelajar baru dengan pelajar senior. Program yang bermula seawal 8.00pagi, sebaik sahaja selepas pendaftaran kami diberi sarapan pagi yang berupa sekotak bihun goreng bersama karipap..( huhu ). Selepas itu, slot pertama dimulakan dengan ceramah kaunseling oleh pegawai kaunselor daripada badan Hal Ehwal Pelajar UITM dan kemudiannya di sambung dengan slot ceramah yang kedua iaitu Kenegaraan. Tapi satu sahaja kekurangan sepanjang majlis berlangsung ketika penghawa dingin yang tidak berfungsi. Untung badan piha kerana piha duduk berhampiran dengan pintu, jadi rasa juga angin yang sepoi2 bahasa menyeluk masuk ke dalam dewan di bangunan kejuruteraan, tingkat enam.

Lagi sekali, tidak di sangka- sangkakan, ada seorang lagi pelajar yang pengsan semasa ceramah berlangsung. Mungkin angin yang tidak cukup membuatkan pelajar perempuan tu pengsan=( Manakala piha pula, mungkin inilah perangai buruk piha untuk semester ini, pabila piha melelapkan mata ketika penceramah berucap di hadapan dewan. Mata yang tersangat mengantuk sememangnya tidak dapat di bendung lagi. Piha membiarkan sahaja apa yang berlaku di sekeliling piha sepanjang ceramah itu, kemudian tidak lama kemudian lebih kurang jam 12.00 tengah hari, ceramah tamat.

Kami di beri masa selama satu jam setengah untuk merehatkan badan serta makan tengah hari, dan nasi ayam menjadi santapan kami. Piha, fifi, zaf dan yang lainnya, makan di belakang kafeteria Fakulti MassComm menghadap Apartment Baiduri yang juga merupakan bekas rumah sewa piha suatu ketika dahulu.

Slot ketiga bermula dengan aktiviti EXPLORACE di mana kami perlu melengkapkan task yang telah diberi dalam masa yang di tetapkan. Kami bermula pada pukul 2.00 petang sehingga jam 6.00 petang. Sepanjang explorace berlangsung, memang banyak dugaan yang menduga kami, walau dugaannya hanya ringan sahaja, tapi agak menyeronokkan. Cabaran yang di berikan tidaklah teruk seperti yang berlaku ketika aktiviti perkhemahan. Namun begitu, sikap kerjasama dan sikap berpasukan antara kami telah menobatkan kami sebagai naib juara dalam aktiviti tersebut. TAHNIAH GUYS!

Perasaan gembira dapat berkenalan dengan rakan seangkatan daripada latar belakang yang berbeza mengeratkan lagi hubungan kami, dan aktiviti terakhir berlaku dengan sesi bergambar=)

OK...PPW sudah pun selesai, esok adalah aktiviti kolej pula...SUKOL!!

p/s : minggu hadapan camping di N9 ( KESATRIA )

No comments:

Post a Comment