Sunday, January 2, 2011

BAPAK=(


Setelah hampir 4 jam berada di atas lebuh raya, akhirnya piha tiba di UiTM Shah Alam tepat jam 9 pagi. Sepanjang perjalanan di dalam kereta, hanya tuhan saja yang tahu dengan perasaan yang bercampur baur antara nak pergi dan nak balik ke kampung halaman. Rindu akan makanan sedap, rindu akan kucing- kucing piha terutama sekali kepada Boboy, rindu akan hiruk pikuk suasana petang di kampung dan terutama sekali rindu pada ABAH.

Setibanya piha di Shah Alam, piha terus menuju ke UIC untuk pendaftaran, di samping piha melihat gelagat pelajar baru, sementara itu abah, abang Jasin dan Itam tunggu di ruang menunggu. Tapi memang piha akui, pada mulanya hati piha hanya takat biasa- biasa, ya..mungkin sebelum ini semasa piha mendaftar di Unisel dulu pun, perasaan sedih hanya sementara. Tapi, setelah semuanya selesai semasa pendaftaran di UiTM ini, piha rasa NAK BALIK..NAK BALIK..NAK BALIK!!!...

Lebih- lebih lagi ketika piha mendaftar kolej, piha juga rasa macam nak duduk rumah sewa pula, lagi seronok dan ada kawan lama yang piha sudah biasa dengan mereka. Tapi sayang, piha tidak punya kenderaan untuk berulang alik ke kelas dan juga fakulti. Cuma satu kelebihan yang ada di dalam kolej kediaman ini ialah fakulti piha berdekatan dengan kolej, jadi senang untuk ulang alik. Tapi....entahlah mungkin ni lah yang dikatakan proses pengenalan atau pun " Social Penetration Theory " di mana masa untuk kita bersuar kenal antara satu sama yang lain.

Hati piha lega bila di takdirkan dengan satu roomate yang agak satu kepala walau 3 rakan daripada 4 orang yang tinggal dalam bilik ini semuanya pelajar Ijazah Sains. Ini bermakna juga hanya piha seorang saja pelajar Mass Comm!!...mungkin kah ini juga di katakan " SURVIVE ???"

Piha di tempatkan di Blok #, tingkat %, nombor &, dengan hati yang agak huru hara perasaannya, piha terus menuju ke bilik yang telah di tempatkan. Tak lupa juga kepada mereka yang duduk sebilik dan " semember ". Lepas saja memunggah barang, tak lama kemudian, abah terpaksa balik semula ke Johor, kerana risau sampai malam ke sana. Terus! air mata berjurai2 jatuh. Piha sangat tak dapat nak menahan kesedihan. Bila tengok muka abah, sayu saja. InshaAllah, 29 Januari piha akan balik buat seminggu ke Johor Bahru sempena cuti semester. Tak sabar rasanya. Semoga abah sihat saha hendaknya.

Mee Goreng

Tapi apa yang agak menyeronokkan di sini bila ada " Student Mall " aka Gedung Selendang dan pakaian...haww..buat rambang mata~~@ __ @

dengan harapan semoga dapat menyesuaikan dengan persekitaran yang baru...
InsyaAllah

p/s : Esok pagi nak ke Fakulti mendaftar subjek pula!

2 comments:

  1. hm..Piha mass com kan..so mesti tau cara sesuaikan diri dgn cepat :)

    tambah ramai kwn lagi best, mula2 memang tak biasa, semoga segalanya berjalan lancar..

    all is well

    ReplyDelete
  2. MR TE : Terkadang pengalaman lepas membuatkan piha serik...=(

    piha pun harap piha dpt sesuaikan diri..

    ReplyDelete