Friday, January 21, 2011

BLACKOUT

Kredit : Google

Hampir 12 jam Kolej Melati, UITM blackout akibat TNB yang memperbaiki pencawang yang tak dapat di kenal pasti lokasinya. Sejak awal pagi semalam, 20 Januari 2011, tepat jam 7.30 pagi, sedang enak tidur akibat mengantuk yang tidak dapat di bendung kerana study sampai pukul 4.00pagi, tiba- tiba terasa angin daripada kipas angin di siling sudah tidak berpusing. Semua statik. Piha yang bangun dengan muka selamba tepat jam 10.30 pagi, terasa sangat bahang dan panas, tiada sebarang angin yang bertiup kecuali bila berada di dalam bilik air.

Notis yang telah di tampal sehari sebelum itu, telah membuatkan kami semua bersiap siaga dengan mengecas segala barangan elektrik seperti telefon bimbit dan sebagainya. Malang sekali, rancangan piha untuk membuat kerja tergendala akibat bateri dalam komputer piha tidak dapat bertahan lama. Oleh sebab yang demikian, piha dan rakan sebilik piha iaitu shana, membuat keputusan untuk keluar daripada kolej dan menuju keluar ke Plaza Alam Sentral dan sebagainya, tempat yang berangin.

Kami nkeluar dari UITM pada pukul 12.00 tengah hari dan terus menuju ke foodcourt di level 5, Plaza Alam Sentral. Malng sekali, angan- angan piha untuk makan yong tau foo terbantut sekali lagi kerana kebanyakan stall makanan di sana hampir kesemuanya tutup! kerana cuti Thaipussam..alamatnya memang piha makan nasi putih bersama ikan goreng. Itu sahaja, sangat menyedihkan. Kesemua lauk yang berada di situ, kehabisan. Gerai menjual air juga tutup, kerana ketiadaan elektrik.

Selepas makan, kami berjalan dan berkesempatan mengukir inai di tangan, membeli blouse, selendang serta eye shadow palette. Selepas itu, kami menuju ke MCD, dan makan set prosperity dan kemudian kami pulang ke kolej. Malngnya!!..ketika kami sampai di kawasan kolej, elektrik masih tiada, hari sudah gelap, namun kawasan UITM masih lagi ketiadaan elektrik. Fikiran menjadi buntu, kami hanya duduk di bawah menanti sehingga elektrik kembali pulih. Dan tak lama kemudian, elektrik kembali seperti biasa.

p/s : Baik tiada elektrik daripada tiada air

No comments:

Post a Comment