Monday, December 27, 2010

GEMPAK ASTRO REVO

Baru berkesempatan nak mengupdate cerita semalam. Sangat tak larat. Jam sudah pun menunjukkan pukul 1.30 pagi sememangnya membuatkan mata sangat mengantuk dan letih dari siang tadi.

Sebaik sahaja piha bersama rakan- rakan keluar dari perkarangan Kompleks Pusat Bandar, dengan pantas kami terus melulu masuk ke arah Bukit Layang- Layang pula untuk menyaksikan Gempak Astro Revo. Kami biarkan Anugerah Juara Lagu bersama peminat yang lain di sana.

Setibanya kami di Bukit Layang- Layang yang turut di kenali sebagai Taman Bandar Pasir Gudang yang telah membuat banyak transformasi dari segi landskapnya, membuatkan bertambah banyak aktiviti di adakan di sana bersama tetamu yang hadir. Kenderaan sememangnya telah memenuhi ruang parkir di sana membuatkan piha berpusing dua kali untuk mencari tempat parkir kereta. Setelah mendapat parking, kami terus berjalan ke arah padang lapang dimana aktiviti tersebut diadakan. Semestinya ramai pengunjung bersama aktivi yang telah di atur oleh pihak penganjur. Kawasan di asak dengan pelanggan astro serta komuniti sekitar Pasir Gudang yang hadir.

Intisari program di belakang piha=)

Kami terus berjalan menuju ke sekeliling melihat aktiviti yang di jalankan. Pada mulanya niat di hati ingin sangat bersua muka bersama Amy Search, Lisa Surihani dan Tufiq Batisah. Namun sekali lagi nasib tidak menyebelahi kami untuk bertemu mereka setelah waktu untuk bertemu ramah bersama artis telah pun habis setengah jam yang lalu.

Dila

Zaleha

Fatin

Sedang berjalan- jalan sambil berposing sana dan sini, kami terjumpa pula dengan bekas rakan sekolah 3 tahun yang lalu. Ternyata semuanya sudah berubah. Kami mengambil kesempatan untuk bergambar bersama mereka dan kami meneruskan perjalanan.

A&W menjadi juadah santapan petang kami. Beef Burger bersama Float menjadi alas perut kami di sana. Kami mencari tempat duduk dan makan sambil bergelak ketawa. Sempat juga berposing sorang demi sorang. Tak lupa juga mencuba Spring Potato yang di jual dan di belanja oleh Zaleha.

Terima Kasih...

Hari semakin gelap menandakan waktu maghrib bersama mega merah melabuhkan hari ini. Kami makan dengan pantas dan tiba masanya untuk pulang ke sangkar masing- masing. Tapi...damn!..jalan yang piha lalu untuk mengelakkan jam nampaknya tersalah pabila jalan yang piha sangka tak jam tu lah tersangat sesak...gementar dengan teringat insiden beberapa tahun yang lalu sewaktu kereta piha di langgar daripada belakang oleh lelaki india mabuk membuatkan piha gerun memandu di jalan yanga agak sempit dengan kereta para pengunjung yang malas untuk memarkir kereta di dalam kawasan Bukit Layang- Layang. Tambahan lagi dengan kereta petrol polis betul- betul berada di belakang kereta piha. Ouh!..bertambah takut piha di buatnya.

Teringat sekali lagi insiden ketika piha yang ditahan oleh polis ketika mereka membuat road block sewaktu piha dan Fatin pulang dari sekolah dulu. Sehingga menimbulkan suasana yang lucu ketika piha menghulurkan road tax dan lesen. Polis berkata :

" Hai adik...kenapa tangan menggigil ni..???.."

Lantas piha menjawab :

" errrr...tak ada encik..saya takut jer..."

Fatin terus ketawakan piha bersama Dila, rakan piha yang turut menunggang motor ketika itu.

Akhirnya, jalan kembali lenggang selepas simpang 3 tidak jauh dari bukit. Kami tiba di rumah tepat jam 8.00 malam, dan piha tak dapat nak join mereka untuk lepak di kedai malam itu. Konsert Gempak Astro Revo turut di adakan jam 9.00 malam itu.

p/s : sangat seronok dapat berjumpa kawan- kawan.


No comments:

Post a Comment